Wednesday 23 November 2011

Rancangan Mengajar Harian Thn 6

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6
Tarikh : 21-10-2011                                                                                                Tahun : 6
Tema: Seni Tradisi Kebangsaan Kita                                                        Masa : 8.30 – 9.00 a.m
Tajuk : Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia
Hasil Pembelajaran : 7.2  Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat  
                                         dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan  
                                         sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
                               Aras 1(i) : Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan
                                                dengan menyatakan sebab.
                         9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil
                              daripada bahan yang didengar atau dibaca.
                              Aras 2 (i) Mengklasifikasikan maklumat berdasarkan topic yang
                                              dikemukakan mengikut keutamaan.   
Fokus Sampingan : 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pendapat
                                      dalam perundingan untuk mencapai kata sepakat.
                                      Aras 2 (i) Mempengaruhi pihak lain untuk menerima pandangan 
                                                      dengan menggunakan bahasa memujuk.
Objektif :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat :
a.        berbual tentang perkara yang dibaca dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai,
b.        membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai tarian tradisional masyarakat Malaysia,
Kemahiran Bahasa : Tatabahasa: kata nama am, kata nama khas,ayat tunggal dan majmuk
                                  Kosa kata : akrobatik, paluan, kuasa ghaib
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani
Nilai murni : hormat-menghormati
Kemahiran Berfikir Tambahan : membanding beza, menghubung kait, inferens
ABM : LCD, komputer riba , carta, kad imbasan, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : Pelajar- pelajar pernah menonton persembahan tarian tradisional.

                                       .
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Gambar Micheal Jackson yang menari tarian moden
Set induksi ( 3 minit )
1.        Guru menayangkan video Micheal Jackson yang menari tarian moden di atas pentas.
2.        Murid-murid diminta menumpukan perhatianmenghayati video yang ditayangkan.
3.        Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan belajar pada hari ini.

Slaid teks “ Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia ” melalui power point
Video Tarian Sewang, Tarian Sumazau, Tarian Zapin, Tarian Bharatanatyam, Tarian Singa.

Langkah 1 ( 10 minit )   
1.        Guru menayangkan slaid teks “ Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia”
2.        Murid diminta membaca teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.
3.        Guru menerangkan pelbagai jenis tarian tradisional masyarakat Malaysia dan kosa kata yang terdapat dalam teks .
4.        Guru menayangkan video tarian-tarian tradisional masyarakat Malaysia.
5.        Guru meminta murid-murid memerhatikan slaid dan video yang ditayangkan.                                                          

Gambar tarian tradisional masyarakat Malaysia
sewangTarian Sewang





Soalan :
a.        Tarian Sewang adalah berdasar daripada masyarakat mana?
b.        Apakan tujuan menari Tarian Sewang ?
c.        Apakah keistimewaan Tarian Sewang semasa menari ?
Tarian Sumazau



 Soalan :
a.        Tarian Sumazau adalah tarian tradisi siapa ?
b.        Bilakah Tarian Sumazau akan dipersembahkan ?
Tarian Zapin
 Soalan :
a.        Tarian Zapin berasal dari mana ?
b.        Apakah yang dimaksudkan dengan “Zapin”?
c.        Apakah alat muzik yang biasa digunakan dalam Tarian Zapin ?
Tarian Bharatanatyam
 Soalan :
a.        Tarian ini berasal dari mana ?
b.        Tarian ini juga dikenali dengan tarian apa ?
c.        Apakah perkaitan Tarian Bharatanatyam dengan kaum India ?

Tarian Singa
 Soalan :
a.        Bilakah Tarian Singa biasa dimainkan ?
b.        Apakah cara permainan Tarian Singa ?
c.        Apakah keistimewaan Tarian Singa semasa dimain ?
Langkah 2 ( 10 minit)
1.        Guru menayangkan gambar tarian-tarian tradisional masyarakat Malaysia .





2.        Guru menanya soalan berdasarkan gambar tersebut.




3.        Guru meminta murid-murid merujuk buku teks untuk menjawab soalan.























4.        Guru membetulkan jawanpan murid.

Nilai / Pengajaran :
Hormat-menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum.

Penutup ( 3 minit )
1.        Guru membuat rumusan tentang pengajaran hari ini.
2.        Guru meminta murid menyatakan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup mereka berdasarkan pelajaran hari ini.
3.        Guru mengagihkan lembaran kerja dan meminta murid membuat di rumah.


Refleksi :  Semasa saya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, saya berasa sedikit gemuruh mengakibatkan percakapan saya ketika proses tersebut adalah laju. Walaupun saya mengendalikan bahagian penutup yang mengambil masa selama 5 minit sahaja. Ini menyebabkan rancangan pengajaran yang saya sediakan ialah 30 minit tetapi saya menyelesaikan proses pengajaran ini hanya 20 minit. Saya pasti sebab-sebab saya sedikit gemuruh ketika melakukan proses tersebut mungkin kerana kurangnya persediaan yang dilakukan oleh saya. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula saya boleh membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar. Tajuk makropelajaran saya ialah tarian tradisional masyarakat Malaysai, saya boleh melakukan perbincangan bersama rakan sejawat lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Saya mestilah melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat – bulat tanpa diterangkan rasionalnya. 

Membaca Ayat

                                                  Murid Tahun 4 yang sedang membaca ayat
                                               Mereka membaca dengan menumpukan perhatian
Refleksi : Hari ini saya memanggil beberapa orang murid yang agak lemah dalam Bahasa Malaysia untuk membaca beberapa ayat sebagai ujian. Saya berasa gembira kerana terdapat 4 orang murid dapat menguasai kemahiran membaca dan 2 orang murid lagi masih lemah dalam menguasai kemahiran tersebut. Saya akan berusaha lagi untuk membantu 2 orang murid tersebut menguasai kemahiran membaca.

Tuesday 22 November 2011

Membaca Suku Kata

                                                                          Suku Kata 1
                                                                       Suku Kata 2

Refleksi : Hari ini saya meminta beberapa orang murid tampil ke depan untuk memegang kad imbasan yang mempunyai suku kata. Terdapat sebahagian murid berasa gembira dan mengangkat tangan untuk wakil diri. Saya berasa amat gembira melihat reaksi mereka yang aktif untuk menunjukkan diri. Semasa murid-murid memegang kad imbasan tersebut , saya meminta murid yang lain membaca dan menjelaskan maksu suku kata tersebut. Saya berasa amat bersyukur kerana murid-murid dapat membaca dan menjelaskan maksud suku kata yang ditunjukkan.

Saturday 19 November 2011

Bahasa Malaysia Tahun 1

Refleksi : Pada minggu ini saya telah membuat ulang kaji dengan murid-murid Tahun 1 saya. Pada tahun depan mereka akan masuk ke Tahun 2 oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengulang kaji pengajaran saya yang lepas.Saya berasa amat gembir kerana semua murid dapat membaca bacaan hari ini.

Budak ini memegang ABM ( Ahad - Sabtu ) dan saya memninta murid yang lain membaca.

Saya juga meminta murid membaca dari bulan Januari hingga Disember yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang murid tersebut.




Tuesday 15 November 2011

Pengajaran Yang Gembira

Hari ini saya menayangkan video lagu ABC untuk murid-murid Tahun 1 sebagai ulangkaji pengajaran. Mereka amat tertarik dengan tayangan ini. Selain itu, mereka juga menyanyi dengan suara yang lantang dan gembira. Saya berasa puas hati dengan pengajaran hari ini.

Saturday 15 October 2011

Bacaan Pagi


                        Pelajar- pelajar Tahun 5 yang sedang menjalankan bacaan pagi.